Search This Blog

Wednesday, November 7, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun Sayang.....


Selamat Hari Ulang Tahun Sayang.....


Assalamualaikum wbt.....

Hari ini adalah befday my hubby.... yang ke 55... anak-anak pun dah ucap melalui ibu die jer.... Balik nie mesti anak akan tanya..."Ibu...abah bila balik??? Hari ni ulangtahun hari jadi abah...." Itulah dia... pertanyaan yang perlu disediakan jawapan, sb abah dia  tak balik lagi... kerja jauh... tahun ni ucapan melalui telefon je lah....

Tp ibu dah ucapkan awal2 lagi... Hadiah???? Ermmm... ab balik baru leh dapat... ahaaakk.surprise... balik baru tau... hehehehe

So, untuk my sayang.....

Buat suami tercinta, kutujukan doa khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupanmu sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umurmu, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan....

Kudoakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku, agar aku mampu membuatmu sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun ketika hidup kita dihempas gelombang.
Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih sayang kerana hadirmu begitu membahagiakan....

Doa ibu dan anak-anak untuk ab tersayang.....

Ya Allah… Abadikan kasih sayangnya, Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. Amin. 

Kad Ucapan untuk Si dia.....